Pengenalan
Pada hari ini rakyat Malaysia dapat hidup secara aman dan harmorni dan situasi ini berkaitvrapat dengan dasar-dasar pembangunan yang telah dilaksanakan. Keistimewaan dasar-dasar pembangunan negara ini adalah kerana semuanya dapat mengimbangkan amalan ekonomi bebas dan campur tangan kerajaan. Sebelum tahun 1969, amalan ekonomi bebas diberi keutamaan dan amalan ekonomi ini telah membawa membawa kepada ketidakseimbangan sosioekonomi antara kaum di negara kita. Tidak kurang juga pendapat yang mengaitkan peristiwa rusuhan kaum pada 13 Mei 1969 sebagai kesan perbezaan sosieoekonomi antara kaum. Walaupun peristiwa 13 Mei membawa kepada kematian orang ramai dan kerosakkan harta benda, namun kejadian ini juga turut menyedarkan para pemimpin Negara dan masyarakat bahawa suatu tindakan yang keras terus diambil.
Rancangan dan Visi Pembangunan
Secara umumnya, sejarah perancangan pembangunan negara boleh dibahagikan kepada tiga fasa utama, iaitu :
A. Perancangan zaman sebelum merdeka
B. Perancangan zaman selepas merdeka
C. Perancangan selepas pelaksanaan DAsar Ekonomi Baru
Maksud Pembangunan
Pembangunan mempunyai pelbagai maksud dan demensi. Biasanya, pembangunan merujuk kepada usaha pengubah masyarakat atau negara daripada keadaan mundur kepada maju. Prubahan yang dimaksudkan aspek kehidupan manusia seperti ekonomi, politik, social, pendidikan, psikologi dan sebagainya. Selain itu, perubahan ini jugamerujuk kepada aspek fizikal, kebendaan dan bukan kebendaan.
Secara keseluruhannya, pembangunan ekonomi negara yang seimbang menjadi matlamat negara sejak kemerdekaan sehingga kkini. Selepas kemerdekaan, pihak kerajaan telah melaksanakan beberapa rancangan pembangunan negara untuk mengatasi segala masalah sosioekonomi dan politik yang dihadapi oleh masyarakat Tanah Melayu kesan peninggalan dasar-dasar yang diamalkan oleh penjajahan British sebelum ini.
Pembangunan negara dirancangkan melalui dua rancangan utama, iaitu Rancangan Malaysia Lima Tahun dan Rancangan Jangka Panjang (RRJP). Sejak merdeka, Sembilan rancangan pembangunan dan dua Rangka Rancangan Jangka Panjang telah dilaksanakan dengan jayanya.
Rancangan Pembangunan
Negara
Peringkat 1
Rancangan Malaysia 1
Rancangan Malaya 2
RMK-1
Peringkat 2
RMK-2
RMK-3
RMK-4
RMK-5
DEB
Peringkat 3
RMK-6
RMK-7
DPN
Peringkat 4
RMK-8
RMK-9
DWN
Peringkat 5
RMK-10
RMK-11
|
Rancangan Pembangunan Lima Tahun
Rancangan Malaysia Lima Tahun merujuk Pelan Jangkan Sederhana yang mengandungi dokumen kerja utama untuk melaksanakan program pembangunan Kerajaan, menetapkan sasaran perkembangan makreokonomi dan juga saiz serta peruntukan yang disediakan untuk program pmbangunan sector awam bagi tempoh lima tahun sesuatu Rancangan. Ianya juga menyatakan peranan indikatif yang dijangkakan bagi sector swasta.
Ringkasan Dasar dan Rancangan Pembangunan Lima Tahun
Rancangan
|
Objektif / Matlamat
|
Pelaksanaan / Kejayaan
|
Rancangan Malaya
Pertama
( 1956 – 1960 )
|
1. Memajukan sektor luar Bandar bagi menambahkan pendapatan penduduk luar Bandar serta mengurangkan kadar kemiskinan . 2. Mempelbagaikan sumber negara dan mengurangkan kebergantungan kepada sektor tertentu (khususnya timah dan getah) |
Penubuhan 2 generasi
kerajaan :
1.
Rural
Industrial Development Authority (RIDA) pada tahun 1953.
2.
Lembangan
Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA).
Kedua-duanya
berperanan memajukan ekonomi luar Bandar dan mempertingkatkan taraf hidup
penduduk luar Bandar.
|
Rancangan Malaya
Kedua
(1961-1965)
|
1. Memperbaiki kemudahan asas dan infrastruktur luar Bandar. 2. Menggiatkan projek-projek pembukaan tanah dan petempatan baharu di bawah program FELDA. 3. Mempelbagaikan jenis tanaman supaya import makanan dari luar negara dikurangkan. 4. Membantu petani-petani memasarkan hasil pertanian mereka dan mengurangkan pergantungan kepada org tengah. |
1. Penyertaan lebih ramai rakyat dalam rancangan –rancangan pembangunan. 2. Peruntukan pembangunan ditambah hamper dua kali ganda daripada peruntukan Rancangan Malaya Pertama. 3. Bilik-bilik gerakan dibuka di seluruh negara. 4. Hasilnya, purata kadar pertumbuhan Keluaran dalam Negara Kasar (KDNK) meningkat kepada 6.4% setahun. |
Rancangan Malaysia
Pertama
(1966-1970)
·
Rancangan lima
tahun yang pertama setelah pembentukan Malaysia.
|
1. Member tumpuan kepada aspek integrasi nasional dalam kalangan penduduk Malaysia (tanah melayu, Sarawak, sabah).
2. Penekanan terhadap pembangunan sumber manusia dan kepelbagaian program dalam pembangunan ekonomi.
|
Beberapa buah agensi kerajaan telah dilahirkan:
1. Majlis Amanah rakyat(MARA) 1966.
2. Bank Bumiputra 1966.
3.Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA) 1967.
4. Lembaga Penasihat tariff dan Perbadanan nasional Berhad (PERNAS) 1969.
|
Rancangan Malaysia
Kedua
(1971-1975)
|
Mengatasi dan memperbaiki ketidakseimbangan sosioekonomi antara kaum ekoran kejadian peristiwa 13 Mei 1969. |
1. Pengenalan DEB dengan matlamat membasmi kemiskinan dan menyusun semula masyarakat bagi mengelakkan pengenalan kaum mengikut fungsi ekonomi.
2. Menggalakkan pemilikan modal saham dalam sektor korporat oleh Bumiputra sekurang-kurangnya 30% dalam tahun 1990.
3. Penubuhan petroleum Nasional Berhad (PETRONAS) 1974.
KDNK meningkatkan pada kadar 7.4% setahun, iaitu lebih tinggi daripada yang dirancang, 6.8% setahun. Pertumbuhan beberapa sektor utama seperti pertanian (25%), pembuatan (19.3%), perdagangan (14.4%) dan lain lain (10.15%).
|
Rancangan Malaysia
Ketiga
(1976-1980)
|
1.
Merupakan
peringkat kedua pelaksanaan DEB. Usaha dilakukan bagi mengurangkan jurang
ekonomi antara wilayah dengan mewujudkan Bandar-bandar baharu.
2.
Penekanan
kepada isu alam sekitar dan keselamatan negara.
|
1. Sebanyak 28 buah Bandar dibina di, bawah rancangan KEJORA, KETENGAH, DARA pada tahun 1980.
2. Badan-badan berkanun seperti MARA, FELDA, PERNAS, UDA dan RISDA meneruskan usaha-usaha pembangunan. |
Rancangan Malaysia
keempat
(1881-1985)
|
1. Tumpuan diberikan kepada sektor pertanian di luar Bandar. 2. Sektor baharu diperkenalkan, iaitu sektor perusahaan berat yang berasaskan pelabuhan modal. |
1. Penubuhan Perbadanan Industri Berat Malaysia (HICOM)
2. Membuka kawasan perindustrian naharu seperti Senawang, Skudai, Bintulu, Menggatal dan Likas.
3. Membuka kawasan perdagangan bebas seperti bayan lepas.
4. Memperkenalkan program ‘Kajian Dasar Perindustrian Malaysia dan Pelan Induk Industri (PIP).
|
Rancangan Malaysia
kelima
(1986-1990)
|
Matlamat utama : 1. Mencapai perpaduan negara 2. Mencapai objektif DEB 3. Meningkatkan peranan sektor swasta dari aspek hak milik masyarakat, perlesenan dan aktiviti ekonomi yang lain. 4. Meningkatkan pelaburan asing terutama dalam sektor eksport. 5. Menggalakkan sektor pertanian dan luar Bandar. |
1. Menekankan bidang penyelidikan dan pembangunan (R&D) bagi meningkatkan pendapatan dan kekurangan guna tenaga. 2. Pembangunan sumber manusia dalam aspek latihan kemahiran, pengurusan, keusahawanan, pembinaan, perhotelan, dan perkapalan. 3. Menubuhkan Perbadanan Pelancongan Malaysia. 4. Memperkenalkan Tahun Melawat Malaysia pada tahun 1990. |
Rancangan Malaysia
keenam
(1991-1995)
|
1. Mengekalkan momentum pembangunan pesat ekonomi negara. 2. Menguruskan kejayaan ekonomi negara supaya matlamat pembangunan seimbang tercapai. |
1. Menggalakkan penglibatan sektor swasta dalam ekonomi negara dan menyegerakanprogram penswastaan. 2. Mengurangkan pembelanjaan tidak produktif. 3. Mengelakkan dasar liberalisasi, pelonggaran peratusan dan undang-undang untuk memperbaiki iklim pelaburan. 4. Mengubah struktur industri sedia ada kepada penggunaan teknologi yang lebih canggih dan keluaran yang lebih bermutu. |
Rancangan Malaysia
ketujuh
(1996-2001)
|
1. Mewujudkan pertubuhan ekonomi yang seimbang dengan strategi peningkatan produktiviti dan memperkuat daya tahan ekonomi negara. 2. Pembasmian kemiskinan dan pengagihan pendapatan turut diberi keutamaan. 3. Mempertingkatkan guna tenaga, pendidikan dan latihan. 4. Pembangunan kemasyarakatan seperti perumahan, kesihatan, khidmat social dan infrastruktur ditekankan. 5. Meggiatkan program penswastaan bagi meringankan beban kerajaan. |
1. Melaksanakan projek-projek yang dapat menjana pendapatan dan memperbaiki perhubungan seperti KLIA, Hubungan Kedua Malaysia-Singapura, MEASAT dan lain-lain. 2. Menyediakan kemudahan bagi meningkatkan kualiti hidup gologan miskin. 3. Penempatan semua setinggan, projek perumahan kos rendah dan Program Pembangunan Rakyat Termiskin. 4. Menambah peluang pendidikan dan latihan dengan menambah jumlah universiti/ pusat pengjian tinggi. |
Rancangan Malaysia
kelapan
(2002-2006)
|
1. Memperkukuh keupayaan, kebolehan dan keazaman negara bagi mengahadapi cabaran masa hadapan. 2. Penekanan kepada perpaduan melalui pembangunan sosioekonomi. |
1. Masih menekankan peningkatan aktiviti penyelidikan dan pembangunan (R&D) terutama melalui teknologi maklumat dan komunikasi. 2. Dasar penswastaan diperkukhkan. 3. Pengenalan program Rakan Muda bagi tujuan memperkukuh nilai dan etika. |
Rancangan Malaysia
kesembilan
(2007-2011)
|
Matlamat utama adalah memberikan tumpuan kepada permulaan fasa kedua Wawasan 2020 dengan member keutamaan kepada aspek-aspek pembangunan insaniah bagi membantu pembangunan fizikal. |
1. Memastikan pengagihan ekonomi yang saksama. 2. Meningkatkan usaha membasmi kemiskinan terutama dalam kalangan rakyat termiskin di luar Bandar. 3. Meningkatkan pemilikan ekuiti Bumiputera (MPPB) 4. Menyediakan kemudahan perkhidmatan yang cekap dan berkesan. 5. Menggalakkan penyertaan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) 6. Merancangkan program penswastaan. |
Rancangan Malaysia
kesepuluh
|
1. Memacu ekonomi berdasarkan factor dalam negara. 2. Memanfaatkan kepelbagaian etnik untuk kejayaan antarabangsa. 3. Mentranformasikan negara berpendapatan tinggi. 4. Pertumbuhan berasaskan produktiviti dan inovasi. 5. Mengekalkan modal insan. 6. Memanfaatkan peluang sama rata, perkongsian pintar. 7. Menghargai khazanah negara. |
1. Pembangunan berasakan kekuatan negara. 2. Mewujudkan persekitaran untuk menjayakan pertumbuhan ekonomi. 3. Menuju ke arah pembangunan sosieoemosi secara inklusif. 4. Membangun dan mengekalkan modal insan bertaraf dunia. 5. Mewujudan persekitaran ke arah meningkatkan kualiti hidup. 6. Mentranformasikan kerajaan kearah mentranformasian Malaysia. |
-Atikah-
3 comments:
Pengisian yg bagus,mantopp,cun melecunn& tebaikkk 2 all siss (Y)
tq atikah <3
The Casino Near Atlanta - Mapyro
The Casino Near Atlanta · Find the closest Casino to Atlanta in Rohnert Park 여주 출장샵 · 여수 출장샵 Book direct 성남 출장샵 now · Make 진주 출장샵 an appointment · Take surveys and use cookies. 충주 출장안마
Post a Comment