Thursday 11 September 2014

PEMIKIRAN DAN KEPERCAYAAN



Pengenalan

Salah satu ciri bagi sesebuah tamadun yang berjaya ialah agama. Malahan, agamalah yang membezakan sesuatu tamadun dengan tamadun yang lain. Agama juga melambangkan adat resam atau sistem kepercayaan. Sesuatu tamadun itu tidak akan wujud tanpa agama dan pembangunan sesuatu tamadun akan mengalami kepincangan jika ia hanya bergantung kepada pembangunan fizikal semata-mata. Malaysia juga merupakan sebuah negara yang berbilang bangsa, agama, dan kepercayaan.

Mengapa manusia perlu Beragama?

Agama merupakan satu bentuk hubungan antara manusia dengan kuasa yang luar biasa. Ia merupakan satu bentuk hubungan yang suci yang mana manusia menganggap kuasa luar biasa tersebut (disebut sebagai Tuhan) dapat memberikan perlindungan dan keselamatan kepada mereka.
                
Secara amnya, ia merupakan satu hakikat hubungan antara manusia dan yang Maha Kuasa. Di sini jugalah wujudnya pergantungan manusia kepada yang Maha Kuasa. Selain itu, agama juga berperanan dalam menyatupadukan masyarakat, meningkatkan semangat nasionalisme, sumber pemerintahan, menentukan tradisi dan budaya, nilai hidup masyarakat, menegakkan sesuatu tamadun serta alat untuk perpaduan. Selain itu, melalui agama juga dapat membataskan perlakuan manusia dengan membezakan sesuatu sama ada baik atau buruk.

Pembahagian Agama

Secara umumnya, terdapat dua jenis agama di dunia, iaitu agama Samawi dan agama ciptaan manusia. Agama Samawi merupakan agama yang bersumberkan wahyu daipada Tuhan seperti agama Islam dan Kristian. Agama ciptaan manusia pula merupakan agama yang diilhamkan dan dilahirkan oleh falsafah manusia ada kalanya oleh ahli fikir masyarakat seperti agama animisme, Confucius, Hindu, Sikh, Tao, Shinto dan juga Primitif.

Perkara seterusnya yang perlu diperjelaskan ialah perbezaan antara agama dan kepercayaan :

  • Agama ialah satu bentuk hubungan yang suci antara manusia dengan kuasa yang luar biasa serta adanya kepercayaan kepada kehidupan selepas mati dan kewujudan hukuman di atas segala perbuatan manusia.
  • Kepercayaan membawa maksud masyarakat itu mempercayai akan sesuatu perkara dan ini dijelmakan dengan wujudnya pantang larang dan adat-adat dalam masyarakat tersebut. Pantang larang atau adat istiadat ini seterusnya diwarisi dari generasi ke generasi. Perbezaan antara agama dengan kepercayaan ialah kepercayaan tidak ada konsep hidup selepas mati serta pembalasan di atas segala perbuatan baik dan buruk.


 Peranan Agama kepada Manusia

Setiap manusia sebagai mahkluk yang menghuni dunia ini perlu mempunyai pegangan agar kehidupan mereka berkemudi dan ada tempat untuk mengadu. Agama ialah sumber untuk manusia mengadu tentang permasalahan kehidupan. Apakah peranan agama sebenarnya? Antara peranan agama adalah seperti yang berikut :



Asas pembentukan nilai-nilai murni


Agama menjadi asa kepada pembentukan rohani, sahsiah dan nilai-nilai murni dalam jiwa setiap manusia. Sudah menjadi fitrah manusia yang suka akan kebaikan, keamanan dan kedamaian. Dalam hal ini, dengan adanya agama, seseorang manusia itu akan terdidik dengan sifat-sifat terpuji seperti menghormati orang lain, jujur, ikhlas, amanah, tidak menipu,, hormat ibubapa, guru dan sebagainya.

Sumber undang-undang dan pemerintahan negara

Malaysia merupakan sebuah negara Islam dan perkara ini telah termaktub di bawah Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan. Sebelum kedatangan Islam, Tanah Melayu telah mempraktikkan Islam sebagai agama masyarakat Melayu. Dalam hal ini, agama Islam telah dijadikan asas dalam sistem pemerintahan dan perkara ini berlanjutan sehinggalah kemerdekaan dan terbentuknya Malaysia pada tahun 1963. Kini agama Islam telah dijadikan asas dalam sistem pentadbiran dan pemerintahan negara Malaysia.

Identiti

Agama tidak langsung telah memberi identiti kepada para penganutnya. Hal ini dapat dilihat antaranya beberapa kaum terbesar di Malaysia seperti orang Melayu yang beragama Islam. Agama Islam telah memberikan identiti kepada masyarakat Melayu di mana agama Islam telah menjadi asas kepada cara berpakaian, perlakuan, kesenian, adat, pemikiran, dan seluruh gaya hidup orang Melayu. Begitu juga dengan kaum-kaum lain seperti orang India yang beragama Hindu. Melalui agama, identiti mereka boleh dikenali melalui kesenian, pakaian, makanan, dan sebagainya.

Kebudayaan dan Kesenian

Secara amnya, agama telah membentuk kebudayaan dan kesenian bangsa. Agama dan kebudayaan sebagaimana yang diterangkan di atas mempunyai kaitan antara satu sama lain.

Melalui budaya seperti tarian dan kesenian adalah diilhamkan daripada agama.

Pembentukan tamadun

Sesebuah tamadun itu diukur kemunculan, kegemilangan dan kejatuhan adalah berdasarkan agama. Semua tamadun yang wujud di dunia ini dimulai dengan amalan keagamaan. Kegemilangan sesuatu tamadun adalah kerana kepatuhan masyarakat tersebut kepada agama dan kejatuhan sesuatu tamadun juga disebabkan oleh kurangnya pegangan agama oleh sesuatu masyarakat.

Kewujudan semangat patriotisme

Agama secara khususnya memainkan peranan penting dalam menaikkan semangat patriotisme atau nasionalisme masyarakat. Dalam agama Islam misalnya, hamba-hambanya aagar diajar untuk mempertahankan maruah agama, bangsa, tanah air daripada tercalar dan dihina oleh orang-orang yang ingin memusnahkan Islam. Orang yang mempertahankan agama dan negara adalah dikira mati syahid.

Memupuk perpaduan dalam masyarakat

Jika menggunakan agama Islam sebagai contoh, terdapat banyak dalil-dalil dalam al-Quran dan hadis yang menyuruh hamba-hambanya tolong menolong, bertolak ansur, bekerjasama antara manusia tanpa mengira bangsa dan keturunan mahupun agama yang dianuti. Islam menggalakkan seluruh umat manusia agar salir kenal mengenali antara satu sama lain dan menjauhkan diri daripada persengketaan.

Perkembangan Agama di Malaysia

Dalam konteks masyarakat berbilang kaum di Malaysia, setiap kaum terutamanya tiga kaum terbesar iaitu Melayu, Cina dan India mempunyai sistem kepercayaan masing-masing. Ada kalanya adat resam itu dikongsi bersama atau wujud persamaan. Keadaan ini telah membolehkan masyarakat Malaysia senag untuk bekerjasama dan memahami antara satu sama lain.
                
Apa itu sistem kepercayaan? Kepercayaan dalam masyarakat Melayu biasannya dikaitkan dengan agama iaitu kepercayaan kepada Tuhan dan juga percaa kepada perkara-perkara ghaib. Orang Melayu adalah beragama Islam. Begitu juga dengan masyarakat Cina dan India mereka juga mempunyai agama dan kepercayaan masing-masing. Terdapat juga masyarakat Cina dan India yang menganut agama Islam, Hindu dan Buddha serta Kristian. Walau bagaimanapun, kebanyakan masyarakat Cina menganut agama Buddha dan masyarakat India menganut agama Hindu. Pada hari ini, terdapat juga sebilangan besar masyarakat Cina dan India di Malaysia menganut agama Kristian.
                
Kepercayaan kepada Tuhan merupakan tunggak utama kepada perpaduan negara ini apabila ia diletakkan sebagai perkara utama Rukun Negara. Aspek ketuhanan atau kepercayaan amat penting agar setiap manusia mempunyai pegangan dan memandu ke arah kehidupan yang sempurna.

Agama Islam

Ø  Sebagaimana yang dinyatakan di atas, orang melayu adalah beragama Islam. Islam telah sampai ke alam Melayu seawal abad ke-13. Kedatangan Islam ke Tanah Melayu boleh disaksikan dengan penemuan Batu Bersurat di Tanah Melayu ang bertarikh 1212.

Ø  Perkembangan Islam di Tanah Melayu semakin berkembang dengan kemunculan Kesultanan Melayu Melaka pada abad ke-15. Pada masa ini agama Islam telah berkembang maju apabila Raja Melaka dan diikuti dengan rakyat Melaka memeluk agama Islam. Islam semakin berkembang pada zaman Kesultanan Melayu Melaka setelah istana raja telah dijadikan pusat pengajian Islam. Pada masa ini, Islam tersebar melalui beberapa cara, iaitu penyebaran melalui peranan pedagang, perkahwinan dan perdagangan. Kedatangan  Islam ke Alam  Melayu sememangnya telah banyak mengubah kehidupan masyarakat Melayu pada waktu itu yang sebelum ini menganut kepercayaan animisme perkara ghaib dan tahyul.

-NIK-



No comments: