Thursday 11 September 2014

KERAJAAN MELAKA


Pengenalan

Kesultanan Melayu Melaka merupakan sebuah kesultanan Melayu yang tertua dalam sejarah Malaysia. Kerajaan Kedah Tua dan kerajaan Perak telah wujud zaman pra-Islam lagi, namun kajian terhadap kerajaan-kerajaan ini tidak begitu mendalam berbanding dengan Melaka kerana kekurangan rekod dan bukti.


Selain tanah melayu, kepulauan Asia tenggara juga telah melihat kemunculan beberapa buah kerajaan agung lain sebelum Melaka seperti kerajaan Funan, Srivijaya dan Majapahit. Srivijaya merupakan sebuah kerajaan Maritim dan mengendalikan perdagangan dengan India, Asia Barat dan China serta kawasan-kawasan pedalaman negerinya sendiri.


Pengasasan Kesultanan Melaka

  • Melaka diasakan pada awal abad ke-15. 
  • Kerajaan Srivijaya telah diserang oleh kerajaan Majapahit dan menyebebkan putera raja Palembang yang bernama Parameswara dan pengikutnya telah mengundurkan diri ke Temasik. 
  • Pada waktu itu, Singapura telah pun mempunyai politik tersendiri yang bernaung di bawah kerajaan Ayughya, Siam. 
  • Parameswara telah bertakhta di Singapura setelah menewaskan penguasa pulau tersebut. 
  • Ayudhya telah membuat serangan balas pada tahun 1398. 
  • Pada mulanya baginda bertapak di Muar, seterusnya di Sening Hujung, Bertam dan akhirnya di Melaka sekitar tahun 1400. 
  • Semasa Parameswara sampai di Melaka, beliau telah berehat di bawah pohon Melaka. 
  • Parameswara telah melihat peristiwa anjing pemburuannya ditendang oleh seekor pelanduk.
  • Peristiwa ini dianggap luar biasa kerana seekor pelanduk kecil dapat mengalahkan seekor anjing.
  • Parameswara memilih untuk mendirikan sebuah kerajaan. 
  • Menamakan tempat itu Melaka bersempena dengan nama pokok beliau berteduh.
  • Parameswara memeluk Islam pada tahun 1409.
  • Menggelar diri baginda sebagai Raja Iskandar Syah. 
  • Telah berkahwin dengan puteri Pasai, Indonesia.
Pada tahun 1409 juga, Laksamana Cheng Ho telah singgah di Melaka dalam rangka lawatan beliau untuk meneroka dunia.Pada 1411, Parameswara telah membuat pelayaran melawat negara China dengan rombongan pengiring sebanyak 540 orang untuk pertemuan denganMaharaja Ming, Yung Lo. Maharaja Yung Lo juga mengiktiraf Parameswara sebagai raja Melaka.

Pemerintahannya itu berkembang dengan pesat dan telah menjadi sebuah pelabuhan terpenting di Kepulauan Melayu pada abad ke-15 dan ke-16. Melaka merupakan tempat perdagangan rempah dengan berfungsi sebagai pintu kepada negeri-negeri rempah untuk memasarkan rempah mereka. Faktor-faktor yang menyumbang kepada Melaka menjadi sebuah negeri yang maju adalah kerana pelabuhannya terlindung daripada ancaman Monsun Barat Daya dan Monsun Timur Laut. Pedagang-pedagang dari Jawa, Arab, India, China dan lain-lain dapat berlindung di Melaka sehinggalah keadaan selamat untuk mereka ke laut semula. Semasa pemerintahan Parameswara, ramai orang Cina menetap di Melaka, berdekatan kawasan Bukit Cina yang mempunyai feng shui yang terbaik pada masa itu.

Perkembangan Melaka
  • Raja Iskandar Shah (Parameswara) mangkat pada tahun 1414 dan diwarisi oleh anaknya, 
  • Sultan Megat Iskandar Shah 1414-1424.
  • Kemudian digantikan dengan putera baginda, Sri Maharaja, yang kemudiannya mengambil gelaran "Sultan Muhammad Shah, Melaka" (1424-1444). 
  • Pada kemangkatannya dalam tahun 1444, beliau diganti oleh putera bongsunya dari isteri kedua baginda Puteri Rokan, Raja Ibrahim. 
  • Disebabkan pemerintah sebenarnya adalah oleh sepupu Puteri Rokan, orang-orang besar Melaka tidak setuju dan telah membunuh Raja Ibrahim dan dimakamkan dengan gelaran "Sultan Abu Syahid". 
Kekanda Raja Ibrahim, Raja Kassim anak isteri pertama Tun Wati, menaiki takhta pada tahun 1445 dan memakai gelaran "Sultan Muzaffar Syah" (1445-1456) menaiki takhta dan mengisytiharkan Islam sebagai agama rasmi negeri. Pendakwah-pendakwah Islam dihantar oleh Sultan ke seluruh Kepulauan Melayu seperti Jawa, Borneo dan Filipina. Sebahagian besar penduduk Asia Tenggara pada ketika itu beragama Hindu. 


Semasa pemerintahannya, pihak Siam membuat dua serangan ke atas Melaka. Serangan pertama diketuai oleh Awi Chakra melalui darat pada tahun 1445, tetapi telah ditewaskan oleh Tun Perak dan Tun Hamzah (Tok Bongkok) tidak jauh dari Muar. Pada tahun 1456, Siam melancarkan serangan kedua pada 1456 yang diketuai oleh Awi Dichu melalui laut, dan sekali lagi Tun Perak telah berjaya menewaskan mereka dan kali ini, dengan mudah. Selepas dua kekalahan di darat dan laut ini, Siam tidak lagi mencuba untuk menyerang Empayar Melayu Melaka. Tun Perak telah dijadikan Bendahara dengan gelaran "Bendahara Paduka Raja". Beliau berkhidmat di bawah empat Sultan dan merupakan tulang belakang kepada perkembangan Melaka ke mercu kekuasaannya di Kepulauan Melayu.


Hubungan Dengan Negara China

Antara faktor-faktor yang menyumbang kepada perkembangan Melaka : 
  • Melaka memiliki hubungan yang dekat dengan Dinasti Ming di negara China, armada Ming berperan mengamankan jalur pelayaran Selat Melaka yang sebelumnya sering diganggu oleh kumpulan perompak dan bajak laut. 
  • Melaka berkembang menjadi pelabuhan penting di pesisir barat Semenanjung Malaya yang tidak dapat disentuh oleh Majapahit dan Ayutthiya. 
  • Hubungan diplomatik antara Melaka China mula terjalin apabila Laksamana Yin Ching melawat Melakapada tahun1404 dan disusuli dengan lawatan Laksamana Cheng Ho pada tahun 1405 dan 1409. 
  • Parameswara memohon perlindungan dari China. Melaka bersetuju menjadi negeri di bawah naungan China dan bersetuju menghantar ufti. 
  • China telah mengurniakan payung kuning, cap mohor dan sepersalinan pakaian sebagai tanda pengiktirafan kerajaan China kepada Melaka. 
  • Melaka juga menghantar utusan ke China.
Berdasarkan Sulalatus Salatin kerajaan ini merupakan kelanjutan dari Kerajaan Melayu di Singapura, kemudian serangan Jawa dan Siam menyebabkan pusat pemerintahan berpindah ke Melaka. Dinasti Ming mencatat Parameswara sebagai pendiri Melaka mengunjungi maharaja Yongle di Nanjing pada tahun 1405 dan meminta pengakuan atas wilayah kedaulatannya. Sebagai balasan, maharaja China menyetujui untuk memberikan perlindungan pada Melaka, kemudian tercatat ada sampai 29 kali utusan Melaka mengunjungi maharaja Cina. 

Kegemilangan Kesultanan Melaka

Tahun 1459

  • Sultan Mansur Shah (1459 - 1477) menaiki takhta. 
  • Disebabkan kedudukannya yang strategik, Melaka menjadi sebuah pangkalan luar yang penting bagi kapal-kapal. 
  • Bagi mengeratkan hubungan diplomatik dengan Melaka, Maharaja China telah menganugerahkan anaknya Puteri Hang Li Po dengan tujuan untuk dikahwinkan dengan Sultan Mansur Shah. 
  • Untuk menyambut Hang Li Po, Sultan Mansur Shah juga menghantar Tun Perpatih Putih dengan segolongan pengiring ke negeri China untuk mengiringnya. 
  • Hang Li Po tiba di Melaka pada tahun 1458 bersama-sama 500 orang pengiring.
Salah satu kesan kebudayaan yang berpunca daripada peristiwa ini :
  • Wujudnya kelompok kaum Peranakan, iaitu hasil daripada perkahwinan campur di antara pendatang Cina dengan penduduk tempatan. 
  • Kaum Peranakan ini juga dikenali sebagai orang Baba dan Nyonya pada hari ini.
Semasa pemerintahan Sultan Mansur Shah, empayar Melaka mencapai kemuncak kuasanya dan terdiri daripada Semenanjung Malaysia, Singapura, dan sebahagian besar Sumatera.

  • Pesaing utama Melaka ialah Siam di utara dan Majapahit di selatan. 
  • Majapahit kemudiannya tumbang setelah banyak kawasan jajahan telah dikuasai oleh Melaka pada kurun ke-15. 
  • Siam telah menyerang Melaka sebanyak tiga kali tetapi kesemua cubaan serangan tersebut gagal.

Pentadbiran yang Sistematik
  • Sultan Melaka telah mengadakan satu sistem pentadbiran yang tersusun dan dikenali sebagai Sistem Pembesar Empat Lipatan. 
  • Sistem Pembesar Empat Lipatan terdiri daripada kumpulan pembesar yang menjadi pegawai tadbir Kerajaan Melaka. 
  • Dalam sistem pentadbiran ini, sultan mengetuai teraju pemerintahan. 
  • Baginda dibantu oleh empat orang pembesar yang dikenali sebagai Pembesar Berempat. 
  • Mereka terdiri daripada Bendahara, Penghulu Bendahari, Temenggung dan Laksamana. 
  • Pembesar Berempat dibantu oleh Pembesar Berlapan, Pembesar Enam Belas, dan Pembesar Tiga Puluh Dua.

Kajayaan Melaka


Selepas Melaka muncul sebagai sebuah pusat perdagangan baru menggantikan Srivijaya pada Abad ke-15, Melaka berjaya mencapai kejayaan yang lebih besar kesan daripada faktor perdagangan yang semakin berkembang pesat. Melaka telah muncul sebagai kuasa besar di Kepulauan Tanah Melayu yang setaraf dengan kuasa besar lain seperti :
  • Siam 
  • Srivijaya 

Melaka yang pada mulanya merupakan sebuah kerajaan kecil telah berkembang dan mengambil alih peranan pusat perdagangan yang dulunya dipegang oleh Srivijaya.


Kejayaan menarik tumpuan perdagangan dari Srivijaya ini telah mengangkat martabat Melaka ke tahap yang lebih tinggi. Ini kerana 
  • Pada zaman dahulu hanya kuasa-kuasa besar sahaja yang mampu untuk mengendalikan pusat perdagangan yang cekap. 
  • Berupaya menyediakan kemudahan infrastruktur yang moden.
Keupayaan Melaka menyebabkan sebilangan negeri yang dulunya berada di bawah kekuasaan kuasa Siam dan Jawa telah meminta naungan dan perlindungan daripada kekuasaan Melaka.


Contoh negeri tersebut ialah :
  • Bernam 
  • Klang 
  • Selangor 
  • Sungai Ujung 
  • Kedah 
  • Patani 

Manakala Pasai pula sebagai ‘abang tua’ dalam perdagangan dan agama, sentiasa ‘berkirim salam’ dengan Melaka.

Bukti kemunculan Melaka sebagai satu kuasa besar yang baru ialah :

  • Melaka telah dua kali berjaya menangkis serangan Siam dan akhirnya berjaya menguasai Kelantan, Menjelang kurun ke-16 Melaka telah memutuskan hubungan hormat dengan Siam. 

Hal ini menunjukkan Melaka berjaya mencontohi kejayaan Srivijaya dalam perdagangan tetapi juga dari segi perluasan wilayah.


Kejayaan Melaka memainkan peranannya sebagai sebuah enterport baru dapat dilihat dalam tiga bentuk iaitu :
  • Bertindak sebagai penerima atau pembeli barang-barangan. 
  • Menjadi pengantara menemukan pedagang Timur dan Barat termasuk Nusantara 
  • Bertindak sebagai penyebar barang-barangan yang dibawa ke Melaka ke tempat lain.
Kejatuhan Melaka

Tahun 1488

  • Sultan Mahmud Shah mewarisi Melaka yang telah mencapai kemuncak kuasa dan merupakan pusat dagangan yang unggul di Asia Tenggara. 
  • Bendahara Tun Perak, pencipta keunggulan Melaka, telah tua. 
  • Begitu juga dengan Laksamana Hang Tuah. 
  • Pemerintahan Sultan Mahmud Shah juga mengalami rancangan jahat dan pilih kasih. 
  • Beliau bukan seorang raja yang cekap, akan tetapi beliau juga seorang mangsa keadaan.
  • Ayahandanya Sultan Alauddin Riayat Shah mangkat pada usia yang masih muda. 
  • Baginda menaiki takhta ketika masih kanak-kanak. 
  • Portugal pada awal abad ke-16 sedang mengasaskan sebuah empayar luar negeri. 
Tahun 1509
  • Diego Lopez de Sequiera dengan 18 buah kapal dari Angkatan di Raja Portugal tiba di Melaka. 
  • Mereka merupakan orang Eropah pertama yang tiba di Asia Tenggara dan digelar "Benggali Putih"
  • Oleh kerana orang-orang Portugis membuat kacau di Melaka seperti mengusik gadis-gadis dan mencuri dan juga perselisihan faham, Sultan Mahmud Shah kemudiannya mengarahkan supaya orang-orang Portugis dihalau dari Melaka. 
  • Angkatan Portugis diserang dan 20 anak kapalnya ditahan. 
10 Ogos 1511
  • sebuah armada laut Portugis yang besar dari Goa, India diketuai oleh Alfonso de Albuquerque kembali ke Melaka. 
  • Albuquerque membuat beberapa permintaan membina markas Portugis di Melaka tetapi permintaannya ditolak oleh Sultan Mahmud Shah.
Permintaan-permintaannya ialah :
  1. Pembebasan semua tawanan-tawanan Portugis
  2. Meminta agar Sultan Melaka membayar ganti rugi dan izin untuk mendirikan kubu pertahan di Melaka A Famosa. 
  • Selepas 10 hari mengepung, pihak Portugis berjaya menawan Kota Melaka pada 24 Ogos.
  • Kekalahan Melaka adalah disebabkan maklumat kekuatan pertahan Melaka telah dibocorkan oleh Si Kitol. 
  • Sultan Ahmad Shah, ayahandanya Sultan Mahmud Shah dan pengikut mereka telah berundur ke Muar.
  • Dan ke Pahang di pantai timur di mana beliau gagal dalam percubaannya mendapat pertolongan daripada negara China. 
Kemudiannya, Sultan Mahmud Shah berpindah ke selatan dan mengasaskan Kesultana Johor selepas kemangkatan anaknya sebagai pusat dagangan saingan kepada Melaka. Dengan ibu kotanya di pulau Bentan yang terletaknya berdekatan dengan Temasik (Singapura), beliau terus menerima ufti dan kesetiaan dari kawasan-kawasan sekeliling yang diberinya sewaktu beliau masih menjadi Sultan Melaka. Sultan Mahmud Shah menjadi ketua gabungan Melayu dan berkali-kali menyerang Melaka. Pada tahun 1525, Laksamana Hang Nadim berjaya mengepung Kota A Famosa sehingga pihak Portugis terpaksa membuat catuan makanan dari Goa. 

Tahun 1526
  • Pihak Portugis membalas dengan seangkatan kapal yang besar di bawah Pedro Mascarenhaas dan memusnahkan ibu kota Bentan. 
  • Sultan Mahmud Shah melarikannya ke Kampar, Sumatera tetapi anakandanya, Tengku Alauddin Shah tinggal dan mengembangkan Johor sebagai sebuah empayar yang berkuasa dan yang mencapai keunggulannya pada abad ke-18 dan ke-19. 
  • Lagi seorang anakanda Sultan Mahmud Shah, Tengku Muzaffar Shah, dijemput oleh orang-orang utara untuk menjadi sultan mereka dan beliau mengasaskan Kesultanan Perak. 
  • Sultan Mahmud Shah mangkat dua tahun kemudian di Kampar pada tahun 1526. 

-Suhadaa-

PEMBANGUNAN INSAN



Pengenalan


Modal Insan sebenarnya sangat sinonim dengan manusia.Justeru,dalam konteks perbicangan mengenai modal insan , pengertiannya adalah memperkasakan insan sebagai sebagai seorang individu dan juga anggota dalam masyarakat atau komuniti. Modal insan merupakan aspek penting selain wang , industri,tanah serta infrastruktur yang lain. Dalam hal ini, jika tidak ada faktor manusia sebagai modal insan ,modal material tidak dapat dimanfaatkan sepenuhnya.

Pembangunan modal insan di Malaysia telah diuar –uarkan secara menyeluruh khususnya semasa Tun Abdullah Haji ahmad Badawi menjadi Perdana MenteriMalaysia .sejak itu , pembangunan modal insan telah ditekankan secara menyeluruh dalam semua agensi sama ada awam atau swasta.

Definisi Modal Insan 


Modal insan merupakan pengimbangan pembangunan fizikal yang berteraskan ilmu pengetahuan fizikal merangkumi nilai dan minda yang progresif serta kesedaran budaya yang tinggi. 

Menurut YAB Perdana Menteri , Datuk Seri Najib Tun Razak ,melihat pembangunan modal insan sebagai berikut : 

(a) Meningkatkan keupayaan pengetahuan,kreativiti dan inovasi Negara. 

(b) Memupuk “minda kelas pertama” di samping penekanan akan diberikan kearah memupuk masyarakat berbudaya dan memiliki kekuatan modal. 

 Kepentingan Modal Insan 

Antara kepentingan modal insan adala sepeti yang berikut : 
  • Menjana pendapatan Negara 
  • Pembangunan Negara pada masa akan datang 
  • Penentu kejayaan dasar-dasar kerajaan seperti Wawasan 2020. 
  • Membantu kerajaan dalam membangunkan Negara 
 Teras Pembangunan Modal Insan 

1. Memperkasakan sekolah kebangsaan sebagai sekolah pilihan utama rakyat Malaysia yang berbilang kaum bagi meningkatkan perpaduan negara. 

2. Melaksanakan langkah bagi merapatkan jurang prestasi antara sekolah luar Bandar dengan Bandar termasuk mempertingkatkan kualiti pengajaran , prasarana dan kemudahan serta menempatkan guru berpengalaman di sekolah luar Bandar. 

3. Menbangunkan universiti bertaraf antarabangsa dan memastikan pendidikan dan latihan pada peringkat tertiari memenuhi keperluan pasaran. 

4. Menyediakan lebih banyak peluang dan akses kepada pendidikan latian dan pembelajaran sepanjang hayat yang berkualiti di semua peringkat. 

5. Membangunkan masyarakat inovatif dan kreatif yang mempunyai pengetahuan dan keupayaan sains dan teknologi yang kukuh serta memiliki kemampuan memperoleh dan menggunakan pengetahuan. 

6. Memperkukuh perpaduan nasional dan membangunkan masyarakat yang mempunyai perspektif, budaya prestasi tinggi, sistem nilai-nilai murni serta menghargai tradisi dan warisan. 

7. Memperluas dan memperkemas forum perbincangan dan perundingan antara kerajaan, sektor swasta, ibu bapa dan masyarakat dalam pembangunan modal insan.

7

Tindakan-tindakan Pembangunan Modal Insan

Bidang
Tindakan
Perkhidmatan
·         Menubuhkan Institut Intergriti Nasional bertujuan membina upaya modal insan untuk membanteras rasuah.
Pendidikan
·         Melaksanakan Pelan Induk Pembangunan Pelajaran, 2006-2010 yang telah dirangka untuk melaksanakan dan merealisasikan satu sistem pendidikan yang holistik, progresif,bermodal dan bertaraf dunia.
Ekonomi
·         Melancarkan Iskandar Malaysia (dahulunya Wilayah Pembangunan Iskandar).
·         Mewujudkan Wilayah Ekonomi Koriodor Utara/Northern Corridor Economic Region (NCER)
·         Melancarkan Wilayah Ekonomi Koridor Timur/Eastern Corridor Economic Region (ECER)
Sains dan teknologi
·         Membangunkan Knowledge Workers Development Institute bagi memastikan bekalan tenaga berkemahiran tinggi menepati permintaan industri ICT.
Sosial
·         Memperkenalankan Program Latihan Khidmat Negara yang bertujuan membangunkan warga muda berdisplin, berdaya tahan, berdaya kepimpinan dan bersifat prihatin.
·         Program memperkasa tenaga muda bertujuan membangun Belia 3K, iaitu belia yang menguasai kemahiran, kepemimpinan dan keusahawanan.
Politik
·         Melahirkan barisan pemimpin yang berketerampilan, dikagumi, dihormati dan dipercayai.
Kerohanian
·        Memperkenalkan konsep Islam Hadhari yang bertujuan mengutamakan aspek ketamadunan umat seimbang atau apa yang disebut sebagai ‘ummatan wasatan’.

7.3.
Memperkasa Pembangunan Modal Insan 

Sebenarnya modal insan yang berkualiti merupakan faktor penting dalam memastikan Negara mencapai negara maju pada masa depan. Oleh itu, untuk memperkasa modal insan ini, kerajaan merancanakan agar aspek pendidikan diberi penekanan yang lebih. Dalam hal ini, beberapa langkah telah dijalankan antaranya adalah :

Jadual 1 : Pemerkasan Modal Insan

Komponen-komponen Utama Pmbangunan Modal Insan



Ibu Bapa 


Ibu bapa memainkan peranan yang penting selain guru di sekolah untuk mendidik anak-anak.Peranan ibu bapa pada hari ini amat mencabar jika dibandingkan dengan beberapa tahun yang lampau.

 Badan Kerajaan dan Bukan Kerajaan 

Pembangunan Modal insan memerlukan sokongan daripada banyak dan tidak terhad kepada ibu bapa dan sekolah sahaja. Masyarakat sekeliling terutamanya badan kerajaan dan badan bukan kerajaan mempunyai peranan yang sama kearah itu.

Institusi Pendidikan 

-Sekolah- 

Umum telah menyedari bahawa sekolah merupakan merupakan tempat yang paling sesuai untuk pmbangunan insan. Pada peringkat sekolah, pendidikan bermula dengan pendidikan sekola rendah hingga ke peringkat menengah yang telah menjadi medan menimba ilmu untuk generasi muda. Maka, guru-guru di sekolah berperanan penting memberi mereka ilmu untuk dunia dan akhirat. 


-Universiti- 


Universiti merupakan tempat yang paling tinggi dalam hierarki pendidikan untuk menimba ilmu pengetahuan. Masyarakat sekeliling sememangnya memandang tinggi kepada graduan-graduan keluaran universiti jika dibandingkan dengan lepasan Diploma, STPM, SPM dan sebagainya.


Membentuk Modal Insan Cemerlang 

Ada Nilai Tambah 


Kebolehan seseorang itu bukan sahaja diukur pada tahap pendidikan yang dimilikki mereka malahan lebih daripada itu, Maksudnya, seseorang itu perlu ada nilai tambah pada dirinya selain segulung ijazah. 


Kuat Pegangan Agama 


Agama memainkan peranan penting dalam kehidupan seseorang manusia. Tanpa agama, hidup seseorang itu umpama tiada kemudi atau haluan hidup. Agama juga berperanan mendidik manusia agar menjadi umat yang baik, patuh kepada agama, ibu bapa dan menghormati orang di sekelilingnya. 

Berusaha Sendiri 


Kita kerap kali mendengar kalmia spoon feeding, ‘bantuan’ dan ‘subsidi’ yang kesemuanya dikaitkan dengan segolongan masyarakat kita yang kurang berusaha dan sentiasa mengharap bantuan daripada orang tertentu atau pihak kerajaan. Sikap sebeginilah yang menjadikan sesuatu bangsa itu mundur dan sukar untuk maju ke hadapan, walhal orang lain sudah lama mendahului kita dan maju dalam pelbagai bidang. 

Kasih Sayang


Manusia yang diciptakan Allah sememangnya sentiasa berkasih sayang. Tanpa kasih sayang, hidup manusia tidak bermakna kerana kasih sayanglah yang menjadi pengerat hubungan antara manusia. Namun, jika diperhatikan dengan berkembangannya teknologimaklumat dan tersebarnya elemen-elemen negatif dari luar, hal ini menyebabkan masyarakat di negara ini juga turut menerima tempiasnya. Nilai kasih sayang seakan pudar dalam jiwa masyarakat pada hari ini. Penderaan sering berlaku tidak kira terhadap orang tua ataupun kanak-kanak kecil, pembunuan kejam , pembuangan bayi , anak-anak melawan kata-kata orang tua serta menderhaka kepada ibu bapa mereka. 

Semangat Patriotisme yang kuat 


Semangat patriotisme atau semangat kebangsaan perlu dipupuk dalam kalangan masyarakat pada hari ini. Semangat ini sepatutnya ditanam kukuh dalam diri semua individu yang mengaku dirinya warganegara Malaysia. Semangat patriotisme dalam kalangan masyarakat Malaysia pada hari ini secara amnya boleh dilihat pada masa-masa tertentu sahaja. Misalnya, semasa negara menyambut kemerdekaan. Paling jelas ialah kesanggupan sesetengah rakyat yang mengibarkan Jalur Gemilangsama ada di premis, kediaman, kedai ataupun kenderaan. 

Memahami Kehidupan Masyarakat Majmuk 


Sebagai seorang warganegara yang hidup dalam sebuah masyarakat majmuk seperti Malaysia, seseorang itu perlulah memahami persamaan dan perbezaan yang ada dalam sebuah masyarakat pelbagai kaum. Kemajmukan masyarakat Malaysia menyebabkan mereka mempunyai pelbagai budaya, etnik, kepercayaan dan cara hidup. Melalui kemajmukan masyarakatlah wujudnya persamaan dan perbezaan yang perlu difahami dengan betul.


7.3.8 Cabaran-cabaran dalam Membangunkan Modal Insan Berkualiti


 Kurang Penghayatan terhadap Islam 

Masyarakat Melayu yang merupakan mojiriti rakyat di negara ini beragama islam seharusnya mempunyai akidah yang terpuji. 

Masalah Sosial yang Semakin Berleluasa 


Dewasa ini, kita telah melihat satu fenomena di mana berlakunya pembunuhan, rompakan, ragut, buang bayi, budaya black metal, rappers dan berpelesaran di kompleks membeli belah. 

Kurang kecintaan terhadap Ilmu 


Bangsa yang maju dan Berjaya ialah bangsa yang berilmu dan menyebarkannya kepada orang lain. Justeru, pada hari ini kita dapati pusat pendidikan di negara-negara maju sering menjadi tumpuan masyarakat dunia untuk melanjutkan pelajaran khususnya oleh orang yang dahagakan ilmu. 

Penyebaran Budaya Barat 


Tempias globalisasi sememangnya tidak dapat dielakkan oleh mana-mana negara. Perkara ini bukan membawa impak positif malahan impak negatif yang boleh merosakkan sesuatu negara bangsa. 

Kurang Penghayatan terhadap Aspek-aspek Kenegaraan 


Negara memerlukan modal insan yang kuat kecintaannya kepada agama, negara dan bangsa. Tanpa semangat kenegaraan yang kuat dalam kalangan rakyat, sudah pasti negara tersebut sukar untuk maju dan menjadi tamadun yang terbilang serta disegani olah negara kawan dan lawan.

-Aswatul-

PERUNTUKAN UTAMA PERLEMBAGAAN MALAYSIA




KONTRAK SOSIAL

Kontrak sosial adalah persetujuan yang dicapai sebelum merdeka di kalangan para pemimpin Melayu, Cina dan India dan parti-parti yang mereka wakili, UMNO, MCA dan MIC. Bagaimanapun, kontrak sosial harus dianggap sebagai satu persetujuan di kalangan masyarakat berbilang kaum, bukan hanya pemimpin atau kumpulan elit tertentu. Permuafakatan itu mendapat sokongan rakyat sebagaimana yang terbukti melalui kemenangan Perikatan dalam pilihan raya 1955. Rakyat perlu memahami fakta sejarah bahawa kontrak sosial dicapai melalui proses muafakat dan musyawarah.

Isu kontrak sosial ini sering ditimbulkan dan dipertikaikan mungkin kerana kontrak sosial ini telah dibentangkan kepada masyarakat sebagai satu persetujuan antara elit pada masa tertentu, dalam keadaan tertentu. Ini menyebabkan generasi baru menganggapnya sebagai tidak lagi relevan. Rakyat Malaysia perlu memahami kontak sosial dengan jelas berdasarkan kepada fakta sejarah. Kontrak sosial harus difahami sekurang-kurangnya tentang hubung kaitnya kepada empat perkara utama iaitu perlembagaan, kemerdekaan, hubungan kaum dan sistem pemerintahan negara. Tanpa kontrak sosial mungkin kita tidak dapat mencapai kemerdekaan pada tahun 1957 kerana pihak British ketika itu menjadikan permuafakatan itu sebagai prasyarat. 

Kontrak sosial adalah anak kunci kepada hubungan kaum sebagaimana yang termaktub dalam perlembagaan. Kontrak sosial juga asas kepada sistem pemerintahan yang menjadikan kita negara demokrasi berparlimen raja berperlembagaan dengan konsep negeri dan persekutuan. Selain itu, Perlembagaan Persekutuan diwujudkan hasil daripada kontrak sosial yang dilahirkan daripada permuafakatan pelbagai kaum di negara ini. Perlembagaan itulah juga yang mentakrifkan negara kita serta menentukan sifat bangsa dan negara Malaysia. Perlembagaan Persekutuan pada tahun 1957 memberikan kewarganegaraan terbuka kepada bukan Melayu, sebahagiannya imigran dan diterima secara automatis sebagai warga Negara dan diberikan jus soli. Inilah antara sifat negara dan bangsa Malaysia yang harus difahami, berbilang kaum tetapi berakar umbi dalam sistem kenegaraan Melayu. Perlembagaan juga mengiktiraf bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, Islam sebagai agama rasmi dan sistem pemerintahan beraja.


ELEMEN-ELEMEN KONTRAK SOSIAL MENURUT PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN

Perlembagaan Persekutuan adalah hasil daripada persetujuan yang tercapai antara penduduk di Malaysia daripada kalangan kaum Melayu, Cina dan India. Perlembagaan Malaysia bukan sahaja dokumen perundangan akan tetapi ia adalah kontrak sosial dan perjanjian perdamaian. Perlembagaan Malaysia merupakan suatu bentuk tolak ansur yang ulung dengan setiap kumpulan memberi sesuatu dan kembali mendapat sesuatu. 

Beberapa peruntukan yang digubal dalam perlembagaan mengekalkan beberapa elemen penting yang menjadi tradisi sejak zaman sebelum penjajahan British lagi. Para penggubal mengangap elemen-elemen tersebut penting memandangkan peranan yang dimainkan dalam menjaga kestabilan negara terutamanya dalam konteks negara Malaysia yang berbilang kaum. Peruntukan itu adalah hasil proses tawar menawar pada asasnya merupakan semangat perjanjian di sebalik pembentukan perlembagaan tahun 1957.

Inilah asas yang menjadi perjanjian sosial di antara masyarakat majmuk di Malaysia dengan memberi pengorbanan dalam sebahagian hak mereka dan menghormati hak sebahagian komuniti yang lain demi untuk keseimbangan dalam masyarakat bernegara. Sebahagian besar ciri-ciri utama yang wujud dalam Perlembagaan Persekutuan adalah unsur kontrak sosial yang dipersetujui oleh semua pihak.

Di mana-mana negara sekalipun, perlembagaan lahir hasil daripada perkembangan sejarah. Perlembagaan juga merakamkan sifat-sifat asal negara itu merangkumi nilai tradisi, politik dan kebudayaan. Elemen-elemen ini yang menjadikan bangsa Melayu selaku bangsa asal yang mendiami Tanah Melayu memasukkannya ke dalam Perlembagaan bagi mengekalkan keistimewaan mereka. Di antaranya ialah :

1. KEDUDUKAN RAJA MELAYU DALAM PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN

Beberapa abad lamanya orang Melayu diperintah berdasarkan pemerintahan beraja. Mereka diperintah oleh sultan dan kepadanya diberikan sepenuh taat setia. Kesultanan Melayu merupakan elemen penting dalam masyarakat Melayu. Ianya mengekalkan simbol penting bagi survival orang-orang Melayu. Semasa pemerintahan British pun raja-raja masih dianggap sebagai raja yang berdaulat dan masih lagi mempunyai kuasa bagi hal-hal tertentu bagi negeri masing-masing meskipun mereka dipaksa menerima beberapa triti dengan British untuk menerima penasihat British.

Apabila akhirnya kemerdekaan diberikan kepeda Semenanjung Tanah Melayu, institusi beraja diteruskan tetapi dengan beberapa pindaan supaya dapat disesuaikan dengan konsep demokrasi berparlimen dan kemerdekaan. Raja-raja Melayu menggambarkan ciri-ciri asal negara Malaysia. Ia melambangkan kesinambungan sejarah dan menjadi sebahagian daripada identiti negara. Sebagai sebuah negara Malaysia perlu mempunyai satu identiti yang berbeza dan unik. Inilah yang mendasari bentuk dan menyediakan isi kepada upacara rasmi negara. Kewujudan sistem beraja dengan sendirinya menekankan ciri-ciri kemelayuan. 

Hasil penerimaan sistem raja berperlembagaan, Yang Dipertuan Agong diberi kuasa memerintah Persekutuan tetapi sebagai raja berperlembagaan baginda dikehendaki mengikut nasihat jemaah menteri atau menteri yang diberi kuasa oleh jemaah menteri. Baginda juga adalah Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera Persekutuandan merupakan salah satu unsur utama daripada tiga unsur utama badan perundangan persekutuan iaitu parlimen. Disamping itu, Perkara 71 Perlembagaan Persekutuan membuat peruntukan bagi menjamin hak seseorang raja untuk mewarisi, memegang, menikmati dan menjalankan hak-hak keistimewaan di sisi Perlembagaan bagi seseorang raja dalam negeri itu. Institusi kesultanan dilindungi oleh Perlembagaan dengan cara bahawa tiada pindaan boleh dibuat terhadap peruntukan berhubung dengan Majlis Raja-Raja, susunan keutamaan dan hak-hak mereka untuk warisan sebagai raja negeri masing-masing tanpa persetujuan Majlis Raja-Raja. Malah tiada undang-undang yang secara langsung menyentuh keistimewaan, kedudukan, kemuliaan atau kebesaran mereka boleh diluluskan tanpa persetujuan Majlis Raja-Raja. 

Raja-raja Melayu bagi negeri-negeri Melayu hendaklah orang Melayu dan oleh kerana itu ianya orang Islam. Yang Di pertuan Agong (yang dipilih daripada kalangan Raja-Raja Melayu) yang mempunyai kuasa pemerintah bagi persekutuan juga adalah seorang Melayu dan Muslim. Perbincangan tentang pemerintahan berja tidak akan lengkap tanpa menyebutkan kedaulatan dan kekebalan raja. Perlembagaan memperuntukan bahawa Yang Dipertuan Agong tidak boleh didakwa dalam apa-apa jua perbicaraan dalam mana-mana mahkamah. Negara ini masih bernasib baik dengan mewarisi sistem raja-raja yang melambangkan kuasa Islam. Pada masa ini Perkara 3(2) merujuk kepada tiap-tiap negeri dalam persekutuan, Raja atau Sultan adalah ketua agama Islam kecuali Melaka, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak.


2. BAHASA MELAYU

Bahasa sentiasa menjadi faktor terpenting dalam menentukan jati diri sesebuah negara. Keperluan satu bahasa kebangsaan yang menjadi pertuturan umum dan bahasa rasmi kebangsaan disedari penting untuk menyatukan rakyat pelbagai asal keturunan yang masing-masing dengan bahasa pertuturannya.

Isu bahasa merupakan salah satu perkara yang dibincangkan semasa perundingan perlembagaan dan proses pembentukannya. Namun isu ini dapat diselesaikan dengan permuafakatan antara kaum. Maka bahasa Melayu diiktiraf sebagai bahasa kebangsaan dengan tidak mengenepikan bahasa lain. Ini seperti yang termaktub dalam Perkara 152 Perlembagaaan Persekutuan yang menyebut:

Bahasa kebangsaan ialah bahasa Melayu dan hendaklah dalam tulisan yang diperuntukkan melalui undang-undang oleh Parlimen:
Dengan syarat bahawa :

(a) Tiada seorang pun boleh dilarang atau dihalang daripada menggunakan atau daripada mengajarkan atau belajar, apa-apa bahasa lain.

(b) Tiada apa-apa jua dalam Fasal ini boleh menjejaskan hak Kerajaan Persekutuan atau hak mana-mana Kerajaan Negeri untuk memelihara dan meneruskan penggunaan dan pengajian bahasa mana-mana kaum lain di dalam Persekutuan.

Hipotesis utama disebalik meluluskan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan adalah bertujuan untuk memenuhi keperluan menyatupadukan pelbagai kaum ke arah menjadi sebuah negara yang bersatu melalui satu bahasa yang sama iaitu bahasa Melayu yang telah menjadi bahasa pengantar negara ini sejak dahulu lagi.

-Syakillah-

PEMBANGUNAN NEGARA



Pengenalan


Pada hari ini rakyat Malaysia dapat hidup secara aman dan harmorni dan situasi ini berkaitvrapat dengan dasar-dasar pembangunan yang telah dilaksanakan. Keistimewaan dasar-dasar pembangunan negara ini adalah kerana semuanya dapat mengimbangkan amalan ekonomi bebas dan campur tangan kerajaan. Sebelum tahun 1969, amalan ekonomi bebas diberi keutamaan dan amalan ekonomi ini telah membawa membawa kepada ketidakseimbangan sosioekonomi antara kaum di negara kita. Tidak kurang juga pendapat yang mengaitkan peristiwa rusuhan kaum pada 13 Mei 1969 sebagai kesan perbezaan sosieoekonomi antara kaum. Walaupun peristiwa 13 Mei membawa kepada kematian orang ramai dan kerosakkan harta benda, namun kejadian ini juga turut menyedarkan para pemimpin Negara dan masyarakat bahawa suatu tindakan yang keras terus diambil.

Rancangan dan Visi Pembangunan


Secara umumnya, sejarah perancangan pembangunan negara boleh dibahagikan kepada tiga fasa utama, iaitu :

A. Perancangan zaman sebelum merdeka
B. Perancangan zaman selepas merdeka
C. Perancangan selepas pelaksanaan DAsar Ekonomi Baru

Maksud Pembangunan


Pembangunan mempunyai pelbagai maksud dan demensi. Biasanya, pembangunan merujuk kepada usaha pengubah masyarakat atau negara daripada keadaan mundur kepada maju. Prubahan yang dimaksudkan aspek kehidupan manusia seperti ekonomi, politik, social, pendidikan, psikologi dan sebagainya. Selain itu, perubahan ini jugamerujuk kepada aspek fizikal, kebendaan dan bukan kebendaan.


Secara keseluruhannya, pembangunan ekonomi negara yang seimbang menjadi matlamat negara sejak kemerdekaan sehingga kkini. Selepas kemerdekaan, pihak kerajaan telah melaksanakan beberapa rancangan pembangunan negara untuk mengatasi segala masalah sosioekonomi dan politik yang dihadapi oleh masyarakat Tanah Melayu kesan peninggalan dasar-dasar yang diamalkan oleh penjajahan British sebelum ini.


Pembangunan negara dirancangkan melalui dua rancangan utama, iaitu Rancangan Malaysia Lima Tahun dan Rancangan Jangka Panjang (RRJP). Sejak merdeka, Sembilan rancangan pembangunan dan dua Rangka Rancangan Jangka Panjang telah dilaksanakan dengan jayanya.



 Rancangan Pembangunan Negara

Peringkat 1
Rancangan Malaysia 1
Rancangan Malaya 2
RMK-1

Peringkat 2
RMK-2
RMK-3
RMK-4
RMK-5
DEB

Peringkat 3 
RMK-6
RMK-7
DPN

Peringkat 4
RMK-8
RMK-9
DWN

Peringkat 5
RMK-10
RMK-11

Rancangan Pembangunan Lima Tahun

Rancangan Malaysia Lima Tahun merujuk Pelan Jangkan Sederhana yang mengandungi dokumen kerja utama untuk melaksanakan program pembangunan Kerajaan, menetapkan sasaran perkembangan makreokonomi dan juga saiz serta peruntukan yang disediakan untuk program pmbangunan sector awam bagi tempoh lima tahun sesuatu Rancangan. Ianya juga menyatakan peranan indikatif yang dijangkakan bagi sector swasta.

Ringkasan Dasar dan Rancangan Pembangunan Lima Tahun

    Rancangan
     Objektif / Matlamat
         Pelaksanaan / Kejayaan
Rancangan Malaya Pertama 
( 1956 – 1960 )

Matlamat utama :

1. Memajukan sektor luar Bandar bagi menambahkan pendapatan penduduk luar Bandar serta mengurangkan kadar kemiskinan .

2. Mempelbagaikan sumber negara dan mengurangkan kebergantungan kepada sektor tertentu

(khususnya timah dan getah)


Penubuhan 2 generasi kerajaan :

1.      Rural Industrial Development Authority (RIDA) pada tahun 1953.
2.      Lembangan Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA).

Kedua-duanya berperanan memajukan ekonomi luar Bandar dan mempertingkatkan taraf hidup penduduk luar Bandar.
Rancangan Malaya Kedua 
(1961-1965)

1. Memperbaiki kemudahan asas dan infrastruktur luar Bandar.

2. Menggiatkan projek-projek pembukaan tanah dan petempatan baharu di bawah program FELDA.

3. Mempelbagaikan jenis tanaman supaya import makanan dari luar negara dikurangkan.

4. Membantu petani-petani memasarkan hasil pertanian mereka dan mengurangkan pergantungan kepada org tengah.
    

1. Penyertaan lebih ramai rakyat dalam rancangan –rancangan pembangunan.

2. Peruntukan pembangunan ditambah hamper dua kali ganda daripada peruntukan Rancangan Malaya Pertama.

3. Bilik-bilik gerakan dibuka di seluruh negara.

4. Hasilnya, purata kadar pertumbuhan Keluaran dalam Negara Kasar (KDNK) meningkat kepada 6.4% setahun.
Rancangan Malaysia Pertama 
(1966-1970)
·         Rancangan lima tahun yang pertama setelah pembentukan Malaysia.

1.     Member tumpuan kepada aspek integrasi nasional dalam kalangan penduduk Malaysia (tanah melayu, Sarawak, sabah). 


2. Penekanan terhadap pembangunan sumber manusia dan kepelbagaian program dalam pembangunan ekonomi.


Beberapa buah agensi kerajaan telah dilahirkan: 

1. Majlis Amanah rakyat(MARA) 1966. 
2. Bank Bumiputra 1966. 

3.Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA) 1967. 

4. Lembaga Penasihat tariff dan Perbadanan nasional Berhad (PERNAS) 1969.

Rancangan Malaysia Kedua 
(1971-1975)

Mengatasi dan memperbaiki ketidakseimbangan sosioekonomi antara kaum ekoran kejadian peristiwa 13 Mei 1969.

1.     Pengenalan DEB dengan matlamat membasmi kemiskinan dan menyusun semula masyarakat bagi mengelakkan pengenalan kaum mengikut fungsi ekonomi. 

2. Menggalakkan pemilikan modal saham dalam sektor korporat oleh Bumiputra sekurang-kurangnya 30% dalam tahun 1990. 

3. Penubuhan petroleum Nasional Berhad (PETRONAS) 1974. 

KDNK meningkatkan pada kadar 7.4% setahun, iaitu lebih tinggi daripada yang dirancang, 6.8% setahun. Pertumbuhan beberapa sektor utama seperti pertanian (25%), pembuatan (19.3%), perdagangan (14.4%) dan lain lain (10.15%).


Rancangan Malaysia Ketiga
(1976-1980)

1.      Merupakan peringkat kedua pelaksanaan DEB. Usaha dilakukan bagi mengurangkan jurang ekonomi antara wilayah dengan mewujudkan Bandar-bandar baharu.

2.      Penekanan kepada isu alam sekitar dan keselamatan negara.

1.    Sebanyak 28 buah Bandar dibina di, bawah rancangan KEJORA, KETENGAH, DARA pada tahun 1980.

2. Badan-badan berkanun seperti MARA, FELDA, PERNAS, UDA dan RISDA meneruskan usaha-usaha pembangunan.
Rancangan Malaysia keempat
(1881-1985)

Dilancarkan semasa negara mengalami masalah ekonomi akibat kejatuhan harga bijih timah dan getah dunia.

1. Tumpuan diberikan kepada sektor pertanian di luar Bandar.

2. Sektor baharu diperkenalkan, iaitu sektor perusahaan berat yang berasaskan pelabuhan modal.


1. Penubuhan Perbadanan Industri Berat Malaysia (HICOM) 

2. Membuka kawasan perindustrian naharu seperti Senawang, Skudai, Bintulu, Menggatal dan Likas. 

3. Membuka kawasan perdagangan bebas seperti bayan lepas. 

4. Memperkenalkan program ‘Kajian Dasar Perindustrian Malaysia dan Pelan Induk Industri (PIP).
Rancangan Malaysia kelima
(1986-1990)

Matlamat utama :

1. Mencapai perpaduan negara

2. Mencapai objektif DEB

3. Meningkatkan peranan sektor swasta dari aspek hak milik masyarakat, perlesenan dan aktiviti ekonomi yang lain.

4. Meningkatkan pelaburan asing terutama dalam sektor eksport.

5. Menggalakkan sektor pertanian dan luar Bandar.­­­­


1. Menekankan bidang penyelidikan dan pembangunan (R&D) bagi meningkatkan pendapatan dan kekurangan guna tenaga.

2. Pembangunan sumber manusia dalam aspek latihan kemahiran, pengurusan, keusahawanan, pembinaan, perhotelan, dan perkapalan.

3. Menubuhkan Perbadanan Pelancongan Malaysia.

4. Memperkenalkan Tahun Melawat Malaysia pada tahun 1990.

Rancangan Malaysia keenam
(1991-1995)

1. Mengekalkan momentum pembangunan pesat ekonomi negara.

2. Menguruskan kejayaan ekonomi negara supaya matlamat pembangunan seimbang tercapai.

1. Menggalakkan penglibatan sektor swasta dalam ekonomi negara dan menyegerakanprogram penswastaan.

2. Mengurangkan pembelanjaan tidak produktif.

3. Mengelakkan dasar liberalisasi, pelonggaran peratusan dan undang-undang untuk memperbaiki iklim pelaburan.

4. Mengubah struktur industri sedia ada kepada penggunaan teknologi yang lebih canggih dan keluaran yang lebih bermutu.

Rancangan Malaysia ketujuh
(1996-2001)

1. Mewujudkan pertubuhan ekonomi yang seimbang dengan strategi peningkatan produktiviti dan memperkuat daya tahan ekonomi negara.

2. Pembasmian kemiskinan dan pengagihan pendapatan turut diberi keutamaan.

3. Mempertingkatkan guna tenaga, pendidikan dan latihan.

4. Pembangunan kemasyarakatan seperti perumahan, kesihatan, khidmat social dan infrastruktur ditekankan.

5. Meggiatkan program penswastaan bagi meringankan beban kerajaan.


1. Melaksanakan projek-projek yang dapat menjana pendapatan dan memperbaiki perhubungan seperti KLIA, Hubungan Kedua Malaysia-Singapura, MEASAT dan lain-lain.

2. Menyediakan kemudahan bagi meningkatkan kualiti hidup gologan miskin.

3. Penempatan semua setinggan, projek perumahan kos rendah dan Program Pembangunan Rakyat Termiskin.

4. Menambah peluang pendidikan dan latihan dengan menambah jumlah universiti/ pusat pengjian tinggi.
Rancangan Malaysia kelapan
(2002-2006)

1. Memperkukuh keupayaan, kebolehan dan keazaman negara bagi mengahadapi cabaran masa hadapan.

2. Penekanan kepada perpaduan melalui pembangunan sosioekonomi.

1. Masih menekankan peningkatan aktiviti penyelidikan dan pembangunan (R&D) terutama melalui teknologi maklumat dan komunikasi.

2. Dasar penswastaan diperkukhkan.

3. Pengenalan program Rakan Muda bagi tujuan memperkukuh nilai dan etika.

Rancangan Malaysia kesembilan
(2007-2011)

Matlamat utama adalah memberikan tumpuan kepada permulaan fasa kedua Wawasan 2020 dengan member keutamaan kepada aspek-aspek pembangunan insaniah bagi membantu pembangunan fizikal.   

1. Memastikan pengagihan ekonomi yang saksama.

2. Meningkatkan usaha membasmi kemiskinan terutama dalam kalangan rakyat termiskin di luar Bandar.

3. Meningkatkan pemilikan ekuiti Bumiputera (MPPB)

4. Menyediakan kemudahan perkhidmatan yang cekap dan berkesan.

5. Menggalakkan penyertaan perusahaan kecil dan sederhana (PKS)

6. Merancangkan program penswastaan.

Rancangan Malaysia kesepuluh


1. Memacu ekonomi berdasarkan factor dalam negara.

2. Memanfaatkan kepelbagaian etnik untuk kejayaan antarabangsa.

3. Mentranformasikan negara berpendapatan tinggi.

4. Pertumbuhan berasaskan produktiviti dan inovasi.

5. Mengekalkan modal insan.

6. Memanfaatkan peluang sama rata, perkongsian pintar.

7. Menghargai khazanah negara.

1. Pembangunan berasakan kekuatan negara.

2. Mewujudkan persekitaran untuk menjayakan pertumbuhan ekonomi.

3. Menuju ke arah pembangunan sosieoemosi secara inklusif.

4. Membangun dan mengekalkan modal insan bertaraf dunia.

5. Mewujudan persekitaran ke arah meningkatkan kualiti hidup.

6. Mentranformasikan kerajaan kearah mentranformasian Malaysia.


-Atikah-