Pengenalan
Kesultanan Melayu Melaka merupakan sebuah kesultanan Melayu
yang tertua dalam sejarah Malaysia. Kerajaan Kedah Tua dan kerajaan Perak telah
wujud zaman pra-Islam lagi, namun kajian terhadap kerajaan-kerajaan ini tidak
begitu mendalam berbanding dengan Melaka kerana kekurangan rekod dan bukti.
Selain tanah melayu, kepulauan Asia tenggara juga telah
melihat kemunculan beberapa buah kerajaan agung lain sebelum Melaka seperti
kerajaan Funan, Srivijaya dan Majapahit. Srivijaya merupakan sebuah kerajaan
Maritim dan mengendalikan perdagangan dengan India, Asia Barat dan China serta
kawasan-kawasan pedalaman negerinya sendiri.
Pengasasan Kesultanan Melaka
- Melaka diasakan pada awal abad ke-15.
- Kerajaan Srivijaya telah diserang oleh kerajaan Majapahit dan menyebebkan putera raja Palembang yang bernama Parameswara dan pengikutnya telah mengundurkan diri ke Temasik.
- Pada waktu itu, Singapura telah pun mempunyai politik tersendiri yang bernaung di bawah kerajaan Ayughya, Siam.
- Parameswara telah bertakhta di Singapura setelah menewaskan penguasa pulau tersebut.
- Ayudhya telah membuat serangan balas pada tahun 1398.
- Pada mulanya baginda bertapak di Muar, seterusnya di Sening Hujung, Bertam dan akhirnya di Melaka sekitar tahun 1400.
- Semasa Parameswara sampai di Melaka, beliau telah berehat di bawah pohon Melaka.
- Parameswara telah melihat peristiwa anjing pemburuannya ditendang oleh seekor pelanduk.
- Peristiwa ini dianggap luar biasa kerana seekor pelanduk kecil dapat mengalahkan seekor anjing.
- Parameswara memilih untuk mendirikan sebuah kerajaan.
- Menamakan tempat itu Melaka bersempena dengan nama pokok beliau berteduh.
- Parameswara memeluk Islam pada tahun 1409.
- Menggelar diri baginda sebagai Raja Iskandar Syah.
- Telah berkahwin dengan puteri Pasai, Indonesia.
Pada tahun 1409 juga, Laksamana Cheng Ho telah singgah di Melaka dalam rangka lawatan beliau untuk meneroka dunia.Pada 1411, Parameswara telah membuat pelayaran melawat negara China dengan rombongan pengiring sebanyak 540 orang untuk pertemuan denganMaharaja Ming, Yung Lo. Maharaja Yung Lo juga mengiktiraf Parameswara sebagai raja Melaka.
Pemerintahannya itu berkembang dengan pesat dan telah menjadi sebuah pelabuhan terpenting di Kepulauan Melayu pada abad ke-15 dan ke-16. Melaka merupakan tempat perdagangan rempah dengan berfungsi sebagai pintu kepada negeri-negeri rempah untuk memasarkan rempah mereka. Faktor-faktor yang menyumbang kepada Melaka menjadi sebuah negeri yang maju adalah kerana pelabuhannya terlindung daripada ancaman Monsun Barat Daya dan Monsun Timur Laut. Pedagang-pedagang dari Jawa, Arab, India, China dan lain-lain dapat berlindung di Melaka sehinggalah keadaan selamat untuk mereka ke laut semula. Semasa pemerintahan Parameswara, ramai orang Cina menetap di Melaka, berdekatan kawasan Bukit Cina yang mempunyai feng shui yang terbaik pada masa itu.
Perkembangan Melaka
- Raja Iskandar Shah (Parameswara) mangkat pada tahun 1414 dan diwarisi oleh anaknya,
- Sultan Megat Iskandar Shah 1414-1424.
- Kemudian digantikan dengan putera baginda, Sri Maharaja, yang kemudiannya mengambil gelaran "Sultan Muhammad Shah, Melaka" (1424-1444).
- Pada kemangkatannya dalam tahun 1444, beliau diganti oleh putera bongsunya dari isteri kedua baginda Puteri Rokan, Raja Ibrahim.
- Disebabkan pemerintah sebenarnya adalah oleh sepupu Puteri Rokan, orang-orang besar Melaka tidak setuju dan telah membunuh Raja Ibrahim dan dimakamkan dengan gelaran "Sultan Abu Syahid".
Kekanda Raja Ibrahim, Raja Kassim anak isteri pertama Tun Wati, menaiki takhta pada tahun 1445 dan memakai gelaran "Sultan Muzaffar Syah" (1445-1456) menaiki takhta dan mengisytiharkan Islam sebagai agama rasmi negeri. Pendakwah-pendakwah Islam dihantar oleh Sultan ke seluruh Kepulauan Melayu seperti Jawa, Borneo dan Filipina. Sebahagian besar penduduk Asia Tenggara pada ketika itu beragama Hindu.
Semasa pemerintahannya, pihak Siam membuat dua serangan ke atas Melaka. Serangan pertama diketuai oleh Awi Chakra melalui darat pada tahun 1445, tetapi telah ditewaskan oleh Tun Perak dan Tun Hamzah (Tok Bongkok) tidak jauh dari Muar. Pada tahun 1456, Siam melancarkan serangan kedua pada 1456 yang diketuai oleh Awi Dichu melalui laut, dan sekali lagi Tun Perak telah berjaya menewaskan mereka dan kali ini, dengan mudah. Selepas dua kekalahan di darat dan laut ini, Siam tidak lagi mencuba untuk menyerang Empayar Melayu Melaka. Tun Perak telah dijadikan Bendahara dengan gelaran "Bendahara Paduka Raja". Beliau berkhidmat di bawah empat Sultan dan merupakan tulang belakang kepada perkembangan Melaka ke mercu kekuasaannya di Kepulauan Melayu.
Hubungan Dengan Negara China
Antara faktor-faktor yang menyumbang kepada perkembangan Melaka :
- Melaka memiliki hubungan yang dekat dengan Dinasti Ming di negara China, armada Ming berperan mengamankan jalur pelayaran Selat Melaka yang sebelumnya sering diganggu oleh kumpulan perompak dan bajak laut.
- Melaka berkembang menjadi pelabuhan penting di pesisir barat Semenanjung Malaya yang tidak dapat disentuh oleh Majapahit dan Ayutthiya.
- Hubungan diplomatik antara Melaka China mula terjalin apabila Laksamana Yin Ching melawat Melakapada tahun1404 dan disusuli dengan lawatan Laksamana Cheng Ho pada tahun 1405 dan 1409.
- Parameswara memohon perlindungan dari China. Melaka bersetuju menjadi negeri di bawah naungan China dan bersetuju menghantar ufti.
- China telah mengurniakan payung kuning, cap mohor dan sepersalinan pakaian sebagai tanda pengiktirafan kerajaan China kepada Melaka.
- Melaka juga menghantar utusan ke China.
Berdasarkan Sulalatus Salatin kerajaan ini merupakan kelanjutan dari Kerajaan Melayu di Singapura, kemudian serangan Jawa dan Siam menyebabkan pusat pemerintahan berpindah ke Melaka. Dinasti Ming mencatat Parameswara sebagai pendiri Melaka mengunjungi maharaja Yongle di Nanjing pada tahun 1405 dan meminta pengakuan atas wilayah kedaulatannya. Sebagai balasan, maharaja China menyetujui untuk memberikan perlindungan pada Melaka, kemudian tercatat ada sampai 29 kali utusan Melaka mengunjungi maharaja Cina.
Kegemilangan Kesultanan Melaka
Tahun 1459
- Sultan Mansur Shah (1459 - 1477) menaiki takhta.
- Disebabkan kedudukannya yang strategik, Melaka menjadi sebuah pangkalan luar yang penting bagi kapal-kapal.
- Bagi mengeratkan hubungan diplomatik dengan Melaka, Maharaja China telah menganugerahkan anaknya Puteri Hang Li Po dengan tujuan untuk dikahwinkan dengan Sultan Mansur Shah.
- Untuk menyambut Hang Li Po, Sultan Mansur Shah juga menghantar Tun Perpatih Putih dengan segolongan pengiring ke negeri China untuk mengiringnya.
- Hang Li Po tiba di Melaka pada tahun 1458 bersama-sama 500 orang pengiring.
Salah satu kesan kebudayaan yang berpunca daripada peristiwa ini :
- Wujudnya kelompok kaum Peranakan, iaitu hasil daripada perkahwinan campur di antara pendatang Cina dengan penduduk tempatan.
- Kaum Peranakan ini juga dikenali sebagai orang Baba dan Nyonya pada hari ini.
Semasa pemerintahan Sultan Mansur Shah, empayar Melaka mencapai kemuncak kuasanya dan terdiri daripada Semenanjung Malaysia, Singapura, dan sebahagian besar Sumatera.
- Pesaing utama Melaka ialah Siam di utara dan Majapahit di selatan.
- Majapahit kemudiannya tumbang setelah banyak kawasan jajahan telah dikuasai oleh Melaka pada kurun ke-15.
- Siam telah menyerang Melaka sebanyak tiga kali tetapi kesemua cubaan serangan tersebut gagal.
Pentadbiran yang Sistematik
- Sultan Melaka telah mengadakan satu sistem pentadbiran yang tersusun dan dikenali sebagai Sistem Pembesar Empat Lipatan.
- Sistem Pembesar Empat Lipatan terdiri daripada kumpulan pembesar yang menjadi pegawai tadbir Kerajaan Melaka.
- Dalam sistem pentadbiran ini, sultan mengetuai teraju pemerintahan.
- Baginda dibantu oleh empat orang pembesar yang dikenali sebagai Pembesar Berempat.
- Mereka terdiri daripada Bendahara, Penghulu Bendahari, Temenggung dan Laksamana.
- Pembesar Berempat dibantu oleh Pembesar Berlapan, Pembesar Enam Belas, dan Pembesar Tiga Puluh Dua.
Kajayaan Melaka
Selepas Melaka muncul sebagai sebuah pusat perdagangan baru menggantikan Srivijaya pada Abad ke-15, Melaka berjaya mencapai kejayaan yang lebih besar kesan daripada faktor perdagangan yang semakin berkembang pesat. Melaka telah muncul sebagai kuasa besar di Kepulauan Tanah Melayu yang setaraf dengan kuasa besar lain seperti :
- Siam
- Srivijaya
Melaka yang pada mulanya merupakan sebuah kerajaan kecil telah berkembang dan mengambil alih peranan pusat perdagangan yang dulunya dipegang oleh Srivijaya.
Kejayaan menarik tumpuan perdagangan dari Srivijaya ini telah mengangkat martabat Melaka ke tahap yang lebih tinggi. Ini kerana
- Pada zaman dahulu hanya kuasa-kuasa besar sahaja yang mampu untuk mengendalikan pusat perdagangan yang cekap.
- Berupaya menyediakan kemudahan infrastruktur yang moden.
Contoh negeri tersebut ialah :
- Bernam
- Klang
- Selangor
- Sungai Ujung
- Kedah
- Patani
Manakala Pasai pula sebagai ‘abang tua’ dalam perdagangan dan agama, sentiasa ‘berkirim salam’ dengan Melaka.
Bukti kemunculan Melaka sebagai satu kuasa besar yang baru ialah :
- Melaka telah dua kali berjaya menangkis serangan Siam dan akhirnya berjaya menguasai Kelantan, Menjelang kurun ke-16 Melaka telah memutuskan hubungan hormat dengan Siam.
Hal ini menunjukkan Melaka berjaya mencontohi kejayaan Srivijaya dalam perdagangan tetapi juga dari segi perluasan wilayah.
Kejayaan Melaka memainkan peranannya sebagai sebuah enterport baru dapat dilihat dalam tiga bentuk iaitu :
- Bertindak sebagai penerima atau pembeli barang-barangan.
- Menjadi pengantara menemukan pedagang Timur dan Barat termasuk Nusantara
- Bertindak sebagai penyebar barang-barangan yang dibawa ke Melaka ke tempat lain.
Tahun 1488
- Sultan Mahmud Shah mewarisi Melaka yang telah mencapai kemuncak kuasa dan merupakan pusat dagangan yang unggul di Asia Tenggara.
- Bendahara Tun Perak, pencipta keunggulan Melaka, telah tua.
- Begitu juga dengan Laksamana Hang Tuah.
- Pemerintahan Sultan Mahmud Shah juga mengalami rancangan jahat dan pilih kasih.
- Beliau bukan seorang raja yang cekap, akan tetapi beliau juga seorang mangsa keadaan.
- Ayahandanya Sultan Alauddin Riayat Shah mangkat pada usia yang masih muda.
- Baginda menaiki takhta ketika masih kanak-kanak.
- Portugal pada awal abad ke-16 sedang mengasaskan sebuah empayar luar negeri.
- Diego Lopez de Sequiera dengan 18 buah kapal dari Angkatan di Raja Portugal tiba di Melaka.
- Mereka merupakan orang Eropah pertama yang tiba di Asia Tenggara dan digelar "Benggali Putih"
- Oleh kerana orang-orang Portugis membuat kacau di Melaka seperti mengusik gadis-gadis dan mencuri dan juga perselisihan faham, Sultan Mahmud Shah kemudiannya mengarahkan supaya orang-orang Portugis dihalau dari Melaka.
- Angkatan Portugis diserang dan 20 anak kapalnya ditahan.
- sebuah armada laut Portugis yang besar dari Goa, India diketuai oleh Alfonso de Albuquerque kembali ke Melaka.
- Albuquerque membuat beberapa permintaan membina markas Portugis di Melaka tetapi permintaannya ditolak oleh Sultan Mahmud Shah.
Permintaan-permintaannya ialah :
- Pembebasan semua tawanan-tawanan Portugis
- Meminta agar Sultan Melaka membayar ganti rugi dan izin untuk mendirikan kubu pertahan di Melaka A Famosa.
- Selepas 10 hari mengepung, pihak Portugis berjaya menawan Kota Melaka pada 24 Ogos.
- Kekalahan Melaka adalah disebabkan maklumat kekuatan pertahan Melaka telah dibocorkan oleh Si Kitol.
- Sultan Ahmad Shah, ayahandanya Sultan Mahmud Shah dan pengikut mereka telah berundur ke Muar.
- Dan ke Pahang di pantai timur di mana beliau gagal dalam percubaannya mendapat pertolongan daripada negara China.
Kemudiannya, Sultan Mahmud Shah berpindah ke selatan dan mengasaskan Kesultana Johor selepas kemangkatan anaknya sebagai pusat dagangan saingan kepada Melaka. Dengan ibu kotanya di pulau Bentan yang terletaknya berdekatan dengan Temasik (Singapura), beliau terus menerima ufti dan kesetiaan dari kawasan-kawasan sekeliling yang diberinya sewaktu beliau masih menjadi Sultan Melaka. Sultan Mahmud Shah menjadi ketua gabungan Melayu dan berkali-kali menyerang Melaka. Pada tahun 1525, Laksamana Hang Nadim berjaya mengepung Kota A Famosa sehingga pihak Portugis terpaksa membuat catuan makanan dari Goa.
Tahun 1526
- Pihak Portugis membalas dengan seangkatan kapal yang besar di bawah Pedro Mascarenhaas dan memusnahkan ibu kota Bentan.
- Sultan Mahmud Shah melarikannya ke Kampar, Sumatera tetapi anakandanya, Tengku Alauddin Shah tinggal dan mengembangkan Johor sebagai sebuah empayar yang berkuasa dan yang mencapai keunggulannya pada abad ke-18 dan ke-19.
- Lagi seorang anakanda Sultan Mahmud Shah, Tengku Muzaffar Shah, dijemput oleh orang-orang utara untuk menjadi sultan mereka dan beliau mengasaskan Kesultanan Perak.
- Sultan Mahmud Shah mangkat dua tahun kemudian di Kampar pada tahun 1526.
-Suhadaa-